Soalan 1

Saya telah selesai menghadiri kursus/latihan, tetapi mengapa saya masih belum mendapat mata CPD dan jumlah hari hadir kursus/latihan?

Jawapan 1:

Terdapat beberapa proses yang perlu diselesaikan sebelum pemberian mata dibuat. Proses aliran pemberian mata CPD dan jumlah jam kehadiran adalah seperti berikut:-

Kursus Dalaman (Melalui Takwim)

Sekiranya status permohonan anda melalui takwim myTRAMS memaparkan "Permohonan Diluluskan", ini bermaksud proses pemberian mata CPD masih didalam tindakan Urus Setia di Seksyen Latihan/PIPP. Rujuk gambar rajah di bawah:-


Klik untuk paparan lebih besar

Kursus Luaran/Dalaman (Peringkat PTJ)

Bagi kursus/latihan yang direkodkan diperingkat PTJ, sila hubungi Kakitangan Rekod yang telah dilantik di setiap PTJ untuk membuat semakan samada maklumat kursus/latihan dan kehadiran telah selesai dibuat atau pun tidak. Mata CPD akan diberi setelah Urus Setia di Seksyen Latihan/PIPP mengesahkan rekod latihan dan kehadiran. Rujuk gambar rajah di bawah:-


Klik untuk paparan lebih besar

Kursus Luaran (Permohonan Individu)

Bagi kursus/latihan luaran yang dimohon secara individu, terdapat dua proses utama yang terlibat iaitu Proses Permohonan Kursus Luar dan Proses Penghantaran Laporan Kursus Luar. Untuk mendapat keterangan lebih terperinci mengenai pemberian mata CPD bagi kursus luar, sila rujuk gambar rajah di bawah:-

NOTA: Kotak yang berona BIRU merupakan status semasa dalam Proses Permohonan Kursus Luar manakala kotak yang berona UNGU merupakan status semasa dalam Proses Penghantaran Laporan Kursus Luar.


Klik untuk paparan lebih besar